LADAP - Frog VLE Siri 1 2013

29 September 2013 : Hari ini Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif, Besut mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) mengenai Frog VLE Siri 1. Latihan ini diadakan di Makmal Komputer.

Pemantauan PSS dan NILAM

Isnin, 10 Jun 2013 - Encik Che Lah bin Hamat, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Raja telah datang membuat pemantauan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM. Beliau telah berkongsi banyak maklumat terkini tentang PSS. Beliau juga mengemukakan beberapa cadangan untuk penambahbaikan.

BILIK TAYANG

Pada tahun 2013, Bilik Tayang diuruskan oleh Cikgu Zanirariyah bt Mat Junus dengan dibantu oleh beberapa orang AJK guru dan pelajar. Bilik ini dilengkapi dengan sebuah PC yang disambung kepada sebuah LCD untuk memberi kemudahan kepada guru-guru mengendali proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Mulai tahun 2010, bilik ini telah dilengkapi dengan Kampus ASTRO. Ia memberi kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk melihat program-program yang menarik seperti Planet Animal.

PERPUSTAKAAN

Pada tahun 2013, Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud telah diberi amanah untuk menguruskan perpustakaan dengan dibantu oleh beberapa orang dan pelajar. Perpustakaan sekolah ini mempunyai 1000 buah buku daripada pelbagai kategori. Pihak sekolah telah membeli Sistem Automasi, S-Lib untuk memudahkan urusan sirkulasi. Sistem ini mula digunakan pada tahun 2008.

MAKMAL KOMPUTER

Pada tahun 2013, Cikgu Rohani bt Hussain sekali lagi diberi tanggungjawab untuk menguruskan makmal komputer sekolah ini. Makmal komputer sekolah ini mempunyai bangunan sendiri. Kemudahan yang disediakan adalah 2 buah bilik komputer, 2 buah tandas, bilik suis, bilik alatan dan bilik guru. Makmal ini dilengkapi dengan kemudahan internet secara talian dan tanpa wayar. Sebanyak 60 buah komputer mempunyai sambungan internet yang boleh digunakan oleh pelajar-pelajar dengan dipantau oleh guru masing-masing.