Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2015

SELASA, 24 FEBRUARI 2015 - Dua orang pelajar sekolah ini menyertai Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Besut 2015 bertempat di PKG Jerteh. Nozirah bt Yahya, tingkatan 5EA1 adalah calon bagi Kategori Bahasa Melayu. Manakala Nur Syahirah Nabihah bt Zakaria, tingkatan 5PA2 mengambil bahagian dalam Kategori Bahasa Inggeris. Mereka diiringi oleh Puan Yati bin Mustafa, Penyelaras NILAM dan Puan Norul Zila bt Yusof, guru NILAM. Kedua-dua mereka telah berjaya dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan yang akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2015 bertempat di PKG Jerteh.

Persiapan APSS 2015

Isnin, 23 Februari 2015 - Guru dan AJK pelajar PSS Dato' Haji Abbas datang ke sekolah untuk menjalankan beberapa aktiviti. Antara guru yang hadir ialah Puan Kahizah bt Abd Kadir, Puan Noraini bt Ibrahim dan Puan Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud.
Antara AJK pelajar yang hadir ialah Mohd Amsyar bin Shamsuddin, Wan Hamad bin , Mohd Asyraf bin Mohd Zain dan Abd Halim.

LAWATAN BERMAKLUMAT KE KARNIVAL ICT 2015

AHAD, 1 FEBRUARI 2015 - Seramai 35 orang pengawas Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah menyertai lawatan bermaklumat ke Karnival ICT yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. Dua orang guru PSS iaitu Ustazah Che Shamsulida bt Che Lah dan Ustazah Suziati bt Ibrahim bertindak sebagai guru pengiring.