Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Sekolah Tahun 2016

22 November 2016, Selasa - Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat SMA Maarif Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini. Johan untuk Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan mewakili sekolah ke Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Tahun 2017.

Pemilihan Calon Anugerah NILAM 2016

22 November 2016 (Selasa): Pemilihan calon Anugerah NILAM peringkat sekolah diadakan pada hari ini. Calon yang berjaya akan bertanding di peringkat PKG Raja.

Jamuan Akhir Tahun 2016 GPM PKG Raja

7 November 2016, Isnin - Jamuan Akhir Tahun GPM sekolah-sekolah ahli PKG Raja, Besut telah diadakan pada hari ini bertempat di Isma Cafe, Alor Lintah, Besut, Terengganu.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 5 TAHUN 2016

17 September 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 5 Tahun 2016 telah berjaya diadakan di rumah Puan Norazalita binti Mahmood, Kampung Lahar, Besut, Terengganu.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 4 TAHUN 2016

27 Ogos 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 4 Tahun 2016 telah diadakan pada hari ini bertempat di rumah Encik Sarbani bin Ishak, Kampung Baharu, Kuala Besut.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 3 TAHUN 2016

20 Ogos 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 3 Tahun 2016 telah berjaya diadakan pada hari ini bertempat di rumah Puan Hasmah bt Abdullah, No. 92, RAKR Alor Lintang 2, Besut, Terengganu.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 2 TAHUN 2016

13 Ogos 2016 (Sabtu)Program Rumah Matematik Tambahan Siri 2 Tahun 2016 telah diadakan pada hari Sabtu, 13 Ogos 2016 bertempat di rumah Encik Zailani bin Awang, Kampung Cawangan, Hulu Besut, Terengganu.

PROGRAM RUMAH MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 1 TAHUN 2016

6 Ogos 2016 (Sabtu) : Program Rumah Matematik Tambahan Siri 1 Tahun 2016 telah diadakan pada 6 Ogos 2016 di rumah Encik Mohd Sukri bin Abd Aziz, Kampung Limbongan, Besut, Terengganu.

Lawatan Penanda Aras BTPN Perlis

4 Ogos 2016, Khamis - Pada hari ini, seramai 4 orang pegawai BTPN, 9 orang Pengetua dan 20 Guru Besar Negeri Perlis telah membuat lawatan penanda aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA) SMA Maarif, Besut. Rombongan yang menaiki bas UNIMAP telah selama tiba pada  jam 11.30 pagi. Ketibaan rombongan telah disambut dengan penuh meriah diketuai oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Penolong Kanan Pentadbiran.

Lawatan Penanda Aras SMK Berangan, Tumpat, Kelantan

27 Julai 2016, Rabu - Seramai 3 orang guru dan 36 orang pengawas PSS SMK Berangan, Tumpat, Kelantan telah membuat Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, SMA Maarif pada hari ini. Informasi lengkap mengenai lawatan ini boleh dibaca di lpasmkberangan.blogspot.my.

Pemantauan PKG Raja ke SMA Maarif

15 Jun 2016, Rabu - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah datang ke SMA Maarif pada jam 10.00 pagi hari ini untuk membuat pemantauan PSS tahun 2016. Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media dan Cikgu Rohani bt Hussain, Guru ICT telah bersama beliau sepanjang proses pemantauan berlangsung. Proses pemantauan tamat pada jam 12.00 tengahari.

Rakaman TV PSS

25 April 2016, Isnin - Krew TV Mua'allim telah dijemput untuk membuat rakaman berkenaan dengan Samsung Smart Library di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bersama dengan tiga lagi TV PSS. Mereka ialah TV PSS SMK Tok Adis, Kuala Terengganu, SK Kemasek, Kemaman, SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus. Sejumlah 25 TV PSS telah dijemput untuk membuat rakaman. Aktiviti ini adalah sempena Majlis Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2016 Peringkat Negeri Terengganu.

Peserta SMA Maarif terdiri daripada Cikgu Razak bin Abd Rahman (GPM), Cikgu Nor Fazhilah bt Othman (Penyelaras TV Mua'allim), Mohd Afieq (Wartawan) dan Mohd Syakirin (Juru kamera).

Jemputan Untuk Memberi Ceramah Pengurusan PSS

1 Februari 2016, Isnin - Pada hari ini, Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pusat Sumber Sekolah Cemerlang di Dewan Teknokrat, SM Teknik, Kuala Terengganu. Ceramah ini adalah satu slot di dalam Bengkel Pengurusan PSS Abad 21 GPM Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu. Bengkel ini dihadiri oleh lebih daripada 120 orang GPM sekolah menengah dan rendah dalam Daerah Kuala Terengganu.