Projek Inovasi


AppsMaarif merupakan satu projek inovasi kolaboratif pintar antara Pusat Pembelajaran Digital Sultanah Nur Zahirah,  Universiti Malaysia Terengganu, UMT dan Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas, SMA Maarif. AppsMaarif adalah aplikasi PSS Android yang pertama di Malaysia. Konsep aplikasi ini ialah " library in your pocket". Ini bermakna pengguna boleh menggunakan aplikasi ini dalam masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Pengguna aplikasi ini boleh memuat turunsecara percuma di Google Play Store dalam telepon pintar masing-masing. Semua guru dan murid sekolah ini akan didaftarkan dengan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) masing-masing.


2.  Laman Turath

Bagi memenuhi program Pembestarian PSS, Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas telah mengambil inisiatif mewujudkan satu projek inovasi yang dinamakan Laman Turath. Laman Turath ini dijayakan secara kolaboratif Pusat Sumber Dato' Haji Abbas bersama Alumni Sekolah Menengah Agama Maarif dan Graduan Diploma Teknologi Maklumat (multimedia)   Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA. Laman ini bermatlamat untuk menggalakkan warga sekolah khususnya dan masyarakat luar amnya bagi meneroka warisan ilmu Islam silam, menjana pemikiran ke arah pembinaan semula keagungan peradaban Islam yang gemilangKeistimewaan laman ini ialah amat sesuai untuk semua lapisan masyarakat bermula dari kanak-kanak pra sekolah hingga warga emas.



3.  e-Turath

e-Turath merupakan satu blog yang memberi pendedahan terhadap warisan Islam yang kian dilupakan seperti ulamasilam, ilmuan Islam, karyakarya serta sumbangan mereka dalam bentuk audio visual. Blog e-Turath menerapkan kemahiran ICT dan kemahiran belajarBlog e-Turath dibina untuk menarik minat murid, guru, warga sekolah dan masyarakat umumnya meneroka warisan Islam dalam bentuk yang menarik, interaktif dan santaiSemenjak dilancarkan pada 1 Julai 2014, blog ini telah dilayari  bukan sahaja oleh warga sekolah malah masyarakat Malaysia dan dunia seperti Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Turki, Singapura, Perancis, China, Hong Kong, Jerman, India dan Brunei.

Blog ini boleh dilayari dengan menggunakan alamat http://e-turath.blogspot.com

4.  TV Mua'allim
TV Mua'allim telah ditubuhkan pada 15 Jun 2014. Nama Mua'allim dipilih sempena nama pengetua pertama, Tuan Haji Mohamad bin Awang yang lebih dikenali dengan Ustaz Mua'allim. Rakaman TV Mua'allim telah dimuatnaik di Youtube yang membolehkan pengguna dapat menonton secara atas talian. Projek inovasi ini berperanan untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang penyiaran, suntingan video dan pengancaraan.


5.  Iza'atul Maarif



Iza'atul Maarif ialah sebuah stesen radio. Projek inovasi ini telah dilancarkan pada 15 Jun 2014 oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua Sekolah Menengah Agama Maarif. Lokasinya ialah sebuah bilik yang diubahsuai di aras 3 Blok B. Projek ini merupakan salah satu kaedah penyebaran maklumat pendidikan kepada warga sekolah ini. Stesen radio ini dikendalikan oleh 7 orang DJ yang telah dilatih oleh Encik Ramli bin Daud, kakitangan sokongan sekolah ini yang mempunyai pengalaman dalam bidang penyiaran. Waktu siarannya ialah pada waktu rehat, waktu petang dan hari-hari sambutan tertentu seperti Hari Guru, Hari Kemerdekaan dan Hari Raya.

6.  Anjung Khat


Anjung Khat ialah projek inovasi yang telah diwujudkan di satu sudut di Blok C. Anjung ini memberi maklumat tentang khat terutama jenis-jenis khat. Juga memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam seni Islam yang dikagumi ini. Beberapa orang murid yang mahir dalam seni khat akan bertindak sebagai "guru" untuk memberi tunjuk ajar kepada murid yang berminat. Waktunya ialah pada masa rehat setiap hari persekolahan. Aktiviti ini juga dijalankan pada waktu aktiviti kokurikulum. Warga sekolah boleh mempelajari teknik-teknik penulisan khat serta mengaplikasikannya dalam aktiviti masa rehat atau aktiviti kelab dan persatuan.


7.  Anjung Interaktif KBAT


Anjung Interaktif KBAT atau Taman Interaktif KBAT adalah bertujuan untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatifAnjung ini akan menerapkan konsep KBAT dikalangan murid sekolah ini seterusnya dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah. Pelbagai permainan interaktif zaman dahulu seperti congkak, gasing dan batu serembam serta permainan moden hari ini seperti sahibba dan catur disediakan di anjung ini. Murid-murid berpeluang untuk mencuba permainan-permainan pada waktu rehat dan waktu petang (pelajar asrama).

8.  Iqra' Digital



Sebuah lagi projek inovasi Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas ialah Iqra’ Digital. Iqra' Digitial adalah sebuah bilik yang terletak di Makmal Komputer dan dilengkapi dengan 30 buah PC yang mempunyai sambungan internet. Projek inovasi ini adalah selari dengan hasrat KPM yang menuntut guru dan pelajar mempelbagaikan kaedah pembelajaran. Projek ini menerapkan kemahiran ICT kepada murid-murid. Di dalam bilik ini, pelajar boleh menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia. Kemudahan ini membolehkan pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan lebih cepat dan bermutu. waktu perkhidmatan bilik Iqra' Digital ialah waktu persekolahan (murid bersama guru mata pelajaran), waktu petang dan waktu malam (atas permintaan dan terdapat guru yang sedia bersama murid).

9.  Ihya' Lughatul Qur'an



Projek inovasi ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas dan Panitia Bahasa Arab. Program yang mula dilaksanakan pada bulan Oktober 2014 bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Arab dikalangan murid sekolah iniProgram yang mula mendapat sambutan ini dikendalikan oleh al-fadhil Mahmood Ibrahim Al Munufi yang berasal dari Negara Mesir. Waktunya ialah masa rehat setiap hari Isnin dan Rabu. Kaedah yang dipraktikkan ialah al-fadhil Mahmood akan berada di Pondok Ilmu. Murid-murid yang berminat akan datang ke pondok tersebut. Pembimbing akan mengajak murid-murid untuk berbual dalam Bahasa Arab secara santai.


10.  Al-Qur'an Di Hatiku


Projek inovasi ini adalah satu kolaboratif antara Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas dan BADAR. Program ini dijalankan selama 10 minit pada setiap pagi bertempat di dataran perhimpunan. Program ini dikendalikan oleh al-fadhil Mahmood Ibrahim Ali Munufi yang berasal dari Negara Mesir. Kaedah pelaksanaannya ialah pembimbing akan membaca ayat-ayat al-Qur'an dan diikuti oleh semua murid. Projek ini telah berjaya memupuk minat murid untuk mencintai Al-Qur’an disamping dapat membentuk sahsiah dan keperibadian mulia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan