MUKADDIMMAH

Seperti sekolah-sekolah menengah yang lain, Sekolah Menengah Agama Maarif (SMA Maarif), Besut juga mempunyai Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang mempunyai kelengkapan yang terkini. PSS sekolah ini dikenali dengan Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA). Nama ini dipilih kerana Dato' Haji Abbas merupakan pengasas bagi sekolah ini. Unit-unit PSDHA ialah Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM), NILAM dan Makmal Komputer.