Aluan Pengetua

Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail
Pengetua

Assalamualaikum wbt.


Pertamanya, saya mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinNya blog Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif dapat dibangunkan dengan jayanya. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa PSS yang telah mengembleng idea dan tenaga untuk membolehkan blog ini dapat dibangunkan. 

Blog ini merupakan salah satu media untuk warga sekolah ini mendapat maklumat berkaitan dengan aktiviti pusat sekolah sekolah ini. Blog ini juga boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang berminat pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat mereka berada. 

Saya mengharapkan agar kandungan blog ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Semoga pengunjung akan mendapat maklumat yang terkini. Saya juga mengharapkan agar warga sekolah ini terus memberi maklumat untuk dimasukkan ke dalam blog ini. 

Akhirnya, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Jawatankuasa PSS yang telah, sedang dan akan menambahbaik dan mengemaskini maklumat dalam blog ini.

Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan