AJK Induk

AJK INDUK 2014

Penasihat : Pengetua (Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail)

Pengerusi : GPK Pentadbiran (Haji Mat Zin bin Daud)
Setiausaha : GPM (Razak bin Abd Rahman)
Penolong Setiausaha : Kahizah bt Abd Kadir
AJK :
  • GKMP Bahasa (Hayati binti Mohamad)
  • GKMP Kemanusiaan (Nasruddin bin Mat Hassan)
  • GKMP Sains dan Matematik (Hasnah binti Hussein)
  • GKMP Agama (Wan Faizah binti Wan Abu Bakar)
  • GKMP Teknik dan Vokasional (Rosmawati binti Yaacob)
  • Penyelaras Perpustakaan (Wan Nor Asiah binti Mahmud)
  • Penyelaras Bilik Tayang ( Zanirariyyah binti Mat Junus)
  • Penyelaras BBM (Suziati binti Ibrahim)
  • Penyelaras Makmal Komputer (Rohani binti Hussain)
  • Penyelaras Nilam (Yati binti Mustafa)
  • Penyelaras Bilik Bahasa (Minah binti Ismail)


Peringatan Mesyuarat AJK Induk Kali 1 Tahun 2014

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAARIF
BESUT, TERENGGANU

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Peringatan Mesyuarat AJK Induk
Kali 1 Tahun 2014

Tarikh
: 12 Januari 2014 (Ahad)
Masa
: 2.30 Petang
Tempat
: Perpustakaan
  SMA Maarif, Besut.

Yang Hadir

  1. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Haji Ismail (Pengetua)
  2. Puan Hasnah bt Hussein (GKMP Matematik)
  3. Puan Hayati binti Mohamad (GKMP Bahasa)
  4. Puan Wan Faizah bt Wan Abu Bakar (GKMP Agama)
  5. Puan Rosmawati binti Yaacob (GKMP Votek)
  6. Encik Razak bin Abd Rahman (GPM – Setiausaha)
  7. Puan Kahizah bt Kadir (Pen Setiausaha)
  8. Puan Rohani bt Hussain (Penyelaras Makmal Komputer)   
  9. Puan Wan Nor Asiah bt Wan Mahmood (Penyelaras Perpustakaan)
  10. Puan Minah binti Ismail (Penyelaras Bilik Bahasa Arab)
  11. Puan Nor Hazila binti Mah Hassan
  12. Puan Zarena binti Mahabat Khan

Yang Tidak Hadir

1.
Tuan Haji Mat Zin bin Daud (GPK Pentadbiran)

2.
Encik Nasruddin bin Mat Hassan (GKMP Kemanusiaan)

3.
Puan Suziati bt Ibrahim (Penyelaras BBM)                  
: Cuti Bersalin
4.
Puan Zanirariyah bt Mohd Junus (Penyelaras Bilik Tayang)
: Cuti Bersalin
5.
Puan Yati binti Mustaffa (Penyelaras NILAM)


Bil
Agenda
Tindakan
1
Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Haji Ismail, Pengetua. Terlebih dahulu Pengerusi mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana berjaya mengadakan mesyuarat pada kali ini. Beliau juga mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir.

Pengerusi memohon kerjasama yang baik daripada semua guru PSS untuk memastikan PSS dapat diuruskan dengan baik. Semua aktiviti yang dirancangkan hendaklah dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.


Bil
Agenda
Tindakan
2.
Perkara Berbangkit


2.1.
3.3. Permohonan untuk membekalkan dongle kepada guru untuk digunakan di Bilik Tayang.

Pihak PSS telah memasang satu switch di Bilik Guru Perempuan dan Bilik Tayang 1. Sambungan internet adalah baik. Guru-guru boleh melayari internet sepanjang hari.

2.2.
3.5. Pelupusan buku lama.

Pihak MAIDAM (Jabatan Pendidikan) telah membekalkan borang untuk pelupusan buku lama. Senarai buku yang hendak dilupus hendaklah dicatat pada borang berkenaan.

3.
Laporan Tahunan Unit-Unit PSS

1.
Perpustakaan



1.
Puan Wan Nor Asiah bt Wan Mahmood, Ketua Penasihat Perpustakaan melapurkan bahawa terdapat beberapa rak buku yang sudah uzur. Beliau memohon agar pihak sekolah menggantikanya dengan rak buku baharu.

Beliau diminta memaklumkan kepada Setiausaha Aset sekolah untuk mendapatkan bekalan yang baharu.





Ketua Penasihat Perpustakaan
2.
Bilik Tayang 1
 


1.
Puan Nor Hazila bt Mah Hassan mencadangkan agar penggunaan kerusi kuliah digantikan dengan meja dan kerusi sebagaimana Bilik Seminar.




Mesyuarat  bersetuju untuk menggantikan kerusi lama dengan kerusi “A shape”. Ketua Penasihat Bilik Tayang diminta memaklumkan kepada Setiausaha Aset Sekolah untuk mendapatkan peralatan tersebut.

Ketua Penasihat Bilik Tayang
3.    Makmal Komputer

Makmal komputer berada dalam keadaan baik. Semua PC yang ditempatkan di Makmal A boleh digunakan. Semuanya disambung dengan rangkaian internet.



Bil
Agenda
Tindakan

4.
BBM

Puan Zarena bt Mahabbat Khan memohon sebuah kabinet baharu untuk menempatkan kertas mahjong.

Ketua Penasihat Bilik Bantu Mengajar diminta mengemukakan saiz kabinet untuk diambil tindakan dengan segera.





Ketua Penasihat BBM
5.
NILAM


1.
Puan Yati bt Mustaffa, Penyelaras NILAM tahun 2014 menyatakan beliau belum mengambil apa-apa tindakan lagi. Beliau akan berhubung dengan Penyelaras NILAM sekolah-sekolah berdekatan untuk mendapatkan bantuan.

6.

Bilik Bahasa Arab

Puan Minah binti Ismail melaporkan bahawa atap bilik berkenaan bocor dan perlu dibaiki dengan segera. Terdapat air di atas lantai bilik berkenaan.

Beliau juga memohon untuk pemasangan langsir untuk menambahkan keceriaan bilik berkenaan.


4.
Aktiviti Tahun 2014


1.
Mesyuarat bersetuju setiap unit merancang dan menjalankan tiga aktiviti untuk tahun 2014. Kertas cadangan hendaklah dihantar kepada Setiausaha pada atau sebelum 26 Januari 2014.

Mesyuarat  juga bersetuju agar pihak PSS menyediakan sebuah banner aktiviti tahun 2014.

Ketua Penasihat


Setiausaha
2.
Mesyuarat  bersetuju bahawa pihak GKMP membuat semakan fail-fail semua unit PSS.


GKMP
5.
Pelupusan Komputer Lama.

Setiausaha memaklumkan bahawa terdapat banyak perkakasan komputer yang sudah rosak dan perlu dilupuskan. Pihak Makmal Komputer menghadapi masalah untuk menyimpannya. Ianya mencacatkan pandangan dan menggangu urusan kebersihan dan keceriaan makmal computer.

Mesyuarat  bersetuju untuk melupuskan perkakasan komputer yang rosak.








Puan Rohani bt Hussain

Bil
Agenda
Tindakan
6.
FROG VLE 2014

Setiausaha memohon kebenaran untuk mengadakan bengkel kepada semua murid untuk menjayakan aplikasi ini.

Mesyuarat  bersetuju bengkel ini dilaksanakan untuk murid tingkatan 4 sahaja.






Setiausaha

7.
Hal-Hal Lain









Ketua Penasihat Perpustakaan

7.1.
Puan Wan Nor Asiah Wan Mahmud mencadangkan agar pihak sekolah memperkasakan lagi Pengawas PSS.

7.2.
Puan Wan Nor Asiah Wan Mahmud mencadangkan pihak sekolah menggantikan alat pemadam api yang diletakkan di dalam bilik-bilik PSS.

Pengerusi  meminta Puan Wan Nor Asiah melaporkan kepada Setiausaha Aset Sekolah.

7.3.
Puan Kahizah bt Abd Kadir mencadangkan warna tali leher Pengawas PSS ditukar ke warna hitam.

Mesyuarat  bersetuju.

7.4.
Mesyuarat  bersetuju agar  Perpustakaan sekolah ini menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh JPN Terengganu.


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan mesyuarat kali ini. Sumbangan idea dan cadangan yang dikemukan diharapkan dapat membantu PSS melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah ini.








Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.20 petang.



Disediakan oleh




(RAZAK BIN ABD. RAHMAN)
Setiausaha

Disahkan oleh




(HAJI MAT ZIN BIN DAUD)
Pengerusi















Tiada ulasan:

Catat Ulasan