Mesyuarat Khas AJK Induk PSDHA

Selasa, 23 Disember 2014 - Satu Mesyuarat Khas AJK Induk Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran.

Khidmat Bantu oleh GPM SMKTM

Pihak Pusat Sumber Dato' Haji Abbas merasa berbesar hati kerana Cikgu Zaiton bt Yunus, GPM SMK Tengku Mahmud telah sudi untuk datang memberi khidmat bantu. Kedatangan beliau amat bermakna, kerana beliau merupakan seorang GPM yang berpengalaman. Beliau mempunyai kepakaran dalam sistem fail.

Mesyuarat Khas AJK PSDHA

Selasa, 9 Disember 2014 - Satu Mesyuarat Khas AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media.

Mesyuarat Khas APSS 2014

Isnin, 1 Disember 2014 - Mesyuarat Khas Kali Pertama Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan.

Persiapan APSS 2014

Pusat Sumber Sekolah SMA Maarif, Besut telah membuat persiapan untuk menyambut panel penilai APSS Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2014. Seluruh warga Maarif telah bergabung tenaga untuk menampilkan PSS SMA Maarif sebagai yang terbaik. 

Pihak Pengurusan telah memberi sepenuh perhatian untuk memastikan persiapan dijalankan dengan sebaik yang mungkin.

Semua AJK PSS telah mengerah segenap kudrat dan idea untuk memberikan yang terbaik. Penambahbaikan dilakukan pada setiap waktu yang difikirkan patut. 

Kerjasama kumpulan sangat baik. Tidak ada AJK yang hanya memeluk tubuh, memerhati rakan-rakan lain membuat kerja. Sebaliknya, semuanya menyinsing lengan memberi bantuan yang diperlukan.

Khidmat Bantu Persiapan APSS 2014

Rabu, 5 November 2014 - Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG Raja telah turun padang untuk memberi Khidmat Bantu kepada AJK PSS SMA Maarif. Ia adalah perkhidmatan yang diberikan untuk mempersiapkan PSS sekolah ini untuk menyertai APSS Negeri Terengganu 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, turut hadir untuk memberi sokongan moral. Beliau telah meluangkan masa selama lebih kurang 30 minit.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 8 TAHUN 2014


TARIKH
:  26 OKTOBER 2014 (AHAD)
TUAN RUMAH
:  PUAN NOMAINA BT CHE SULAIMAN

   (MUHAMAD HASIF BIN HARUN)
ALAMAT
:  NO 79, RAKR PENGKALAN NYIREH, BESUT.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 7 TAHUN 2014


TARIKH
:  18 OKTOBER 2014
TUAN RUMAH
:  PUAN ROHANI BT IBRAHIM

   (SITI AISHAH NAZIHAH BT MOHD NAWI)
ALAMAT
:  KG.TOK HAS, JERTEH, BESUT  

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 6 TAHUN 2014


TARIKH
:
11 OKTOBER 2014 (SABTU)
TUAN RUMAH
:
PUAN ROHANI BT HJ OMAR
(KHOIRUNNISAA BT AB MUTALIB)
ALAMAT
:
KG.BUKIT PAYONG, BESUT, TERENGGANU

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 5 TAHUN 2014

TARIKH
:  27 SEPTEMBER  2014 (SABTU)
TUAN RUMAH
:  PUAN ZAINAB BT MOHAMAD

   (MUHAMAD AMIR ASYRAF BIN MOIDER)
ALAMAT
:  RAKR NYIUR TUJUH, JERTEH, BESUT.

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 3 TAHUN 2014

 23 Ogos 2014 (Sabtu)

PROJEK G2D MATEMATIK TAMBAHAN SIRI 2 TAHUN 2014

 16 Ogos 2014 (Sabtu) : Di pondok Ustaz Adam bin Said, Kampong Kubang Ikan, Besut.

KEM KOMPUTER SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU 2014.

24 - 26 Jun 2014 : Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah Kem Komputer Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu Tahun 2014. Kem ini berlangsung pada 24 - 26 Jun 2014. Seramai 60 orang murid dari semua sepuluh buah sekolah menengah agama negeri Terengganu menyertai kem ini. Mereka terdiri daripada 30 orang murid lelaki dan 30 murid perempuan. Kem ini juga disertai oleh 20 orang guru. Semua peserta kem menginap di Kompleks Rakan Muda, Besut.

LAWATAN PENANDA ARAS SMK PUTRA, JERTEH.

12 Mei 2014 (Isnin) - Seramai empat orang guru PSS SMK Putra, Jerteh telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke sekolah ini. Mereka terdiri daripada Ustazah Zaidon bt Hassan, Cikgu Nurafida bt Ibrahim, Cikgu Fariza bt Ismail dan Cikgu Norelizawati bt Mohd Nasir. Mereka tiba di perkarangan sekolah pada jam 9.15 pagi. Tetamu telah disambut oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, GPM, Cikgu Kahizah bt Kadir, Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud, Hajjah Hasenah bt Ismail, Cikgu Nor Asnidar bt Ali, Cikgu Rohani bt Hussain dan Cikgu Marina bt Muda.

Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014

SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah majlis tersebut yang diadakan pada hari Isnin, 10hb Mac 2014. Majlis yang dihadiri oleh 330 orang tetamu ini telah diadakan di Dewan Besar sekolah. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Zaihan bin Engku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut. Beliau mewakili YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II yang tidak dapat hadir kerana komitmen atas tugasan yang lebih penting.

Persiapan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014

3 Mac 2014 : Pihak PSS SMA Maarif telah membuat persiapan yang rapi sempena majlis yang bersejarah ini. PTP dari PKG Raja, PKG Jerteh dan PKG Bukit Payong telah turun padang untuk memberi bantuan dari segi idea, teknikal, pengurusan, kebersihan dan keceriaan. Selama beberapa hari, mereka bersama-sama dengan guru-guru PSS sekolah ini untuk memastikan PSS sekolah ini kelihatan ceria dan menarik.
PTP Che Lah, Alham Radzi, Dzarifah dan Nurul turun memberi bantuan

Bengkel Pengisian Data SPS

12 Februari 2014 (Rabu) - Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media telah menghadiri bengkel ini yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat, PKG Raja. Bengkel yang dimulakan pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai 31 orang Guru Penyelaras SPS sekolah di bawah naugan PKG Raja telah menghadiri bengkel ini.