Kunjungan GPM dan Keluarga ke Rumah Puan Roshaliza

30 Disember 2015, Rabu - Pada jam 6.00 petang hari ini, aku, isteri dan anak berkunjung ke rumah Puan Roshaliza bt Abd Wahab di Kampong Rawai, Bukit Payong, Terengganu. Kedatangan kami sekeluarga disambut mesra oleh Puan Roshaliza dan suaminya, Encik Mohammad Yusof.

Kunjungan GPM dan Keluarga ke Rumah Haji Akram @ Amir

29 Disember 2015, Isnin - Aku, isteri dan anak telah berkunjung ke rumah Haji Akram @ Amir bin Abd Majid, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Kedatangan kami pada jam 6.00 petang telah disambut oleh tuan haji.

Lawatan Penanda Aras Guru-Guru SMA Terengganu

25 Ogos 2015, Selasa - Seramai 40 orang guru SMA Terengganu telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas. Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pengarah (Pendidikan), MAIDAM. Rombongan terdiri daripada 21 orang guru pusat sumber dan 19 orang kaunselor. Turut sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Penyelia HEM (Pendidikan) MAIDAM. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh kumpulan pengurusan dan guru-guru pusat sumber diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.


Aktiviti 1
Sesi bergambar di hadapan tiang bendera.
Ahli rombongan bergambar bersama kumpulan pengurusan dan guru pusat sumber

Lawatan Penanda Aras Guru-Guru SMA Terengganu

25 Ogos 2015, Selasa - Seramai 40 orang guru SMA Terengganu telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Sumber Dato' Haji Abbas. Rombongan ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Ismail, Penolong Pengarah (Pendidikan), MAIDAM. Rombongan terdiri daripada 21 orang guru pusat sumber dan 19 orang kaunselor. Turut sama dalam lawatan ini ialah Tuan Haji Mohd Fauzi bin Mustafa, Penyelia HEM (Pendidikan) MAIDAM. Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh kumpulan pengurusan dan guru-guru pusat sumber diketuai oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua.


Aktiviti 1
Sesi bergambar di hadapan tiang bendera.
Ahli rombongan bergambar bersama kumpulan pengurusan dan guru pusat sumber

Penilaian APSSK 2015



6 Ogos 2015, Khamis - Penilaian Anugerah Pusat Sumbe Sekolah Peringkat Kebangsaan (APSSK) 2015 bagi sekolah ini telah dijalankan pada hari ini. Dua orang Panel Hakim telah hadir pada jam 8.30 pagi. Mereka ialah Encik Zakaria bin Hassan dari BTPN Kelantan dan Tuan Haji Jonaidi bin Osman dari BTPN Pahang.



Bengkel OPAC

Rabu, 24 Jun 2015 - Bengkel Online Public Acces Catalogue (OPAC) untuk murid-murid tingkatan dua telah diadakan pada hari ini di kaunter perpustakaan. Bengkel ini telah disampaikan oleh Puan Wan Nur Asiah bt Wan Mahmud, Setiausaha Perpustakaan.

Bengkel OPAC

Selasa, 23 Jun 2015 - Bengkel OPAC untuk pelajar-pelajar tingkatan enam telah diadakan di perpustakaan sekolah ini. Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud, Setiausaha Perpustakaan.

Penyelenggaraan Kabel Internet

Ahad, 21 Jun 2015 - Proses pemasangan kabel internet di perpustakaan dijalankan oleh Encik Ramli bin Daud dan Encik Awang bin Muhammad. Kerja-kerja pemasangan ini diselia oleh Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media (GPM).

KESSUMA KE 16 JOHOR

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) kali ke 16 tahun 2015 berlangsung pada 7 - 10 Jun 2015 di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Johor Darul Takzim. 

Dua orang guru dan 12 orang pelajar sekolah ini telah dipilih untuk menyertai kejohanan yang berprestij ini. Mereka terdiri daripada Cikgu Wan Zaki bin Wan Mahmood (Jurulatih Bola Sepak) dan Cikgu Azman bin Muhammad (Jurulatih Bola Tampar (Perempuan)).
Pemain bola sepak dari SMA Maarif

Majlis Pelancaran AppsMaarif

27 Mei 2015 (Rabu) - Majlis Pelancaran AppsMaarif telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif. Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Encik Atip bin Ali, Ketua Pustakawan, PPDSNZ, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mewakili Prof Dato' Dr. Nor Aieni binti Haji Mokhtar, Naib Canselor, UMT.

Peperiksaan STPM Penggal 2

Peperiksaan STPM Penggal 2 bermula hari ini, 14 Mei 2015 di Dewan Dato' Bentara Luar, SMA Maarif, Besut.
Guru dan pelajar membaca doa sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Lawatan Kerja Timbalan Ketua PPD Besut

Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof, Timbalan Ketua, PPD Besut telah mengadakan lawatan kerja ke sekolah ini pada hari Ahad, 10 Mei 2015. Kehadiran beliau diiringi oleh Tuan Haji Mahusin bin Mamat, YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail dan Encik Che Lah bin Hamat dari PKG Raja. Kedatangan beliau dan rombongan telah disambut oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, GPK Pentadbiran. Tujuan kedatangan beliau ialah untuk memantau persiapan PSS sekolah ini dalam APSSK 2015. 
Dari Kiri : Haji Mohd Yasmin, Haji Mat Zin, Haji Mahusin, YM Tuan Shafie dan Encik Razak

Simulasi Penghakiman APSSK 2015 Kali 1

Simulasi Penghakiman Kali Pertama APSSK 2015 telah diadakan di sekolah ini pada hari Khamis, 7 Mei 2015. Antara mereka yang hadir ialah Encik Atip bin Ali, Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Abd Rahim bin Alias, Timbalan Ketua Pustakawan, PPDSNZ, UMT, Encik Mohd Shahrulnizam bin Zuraimi, Pustakawan Kanan, PPDSNZ, UMT (Panel Hakim), Encik Ramli bin Ismail, PTP I, PKG Paka (Hakim APSSK Tahun 2014 - Panel Hakim), Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Ketua Unit, UPSP, BTPN Terengganu, Encik Amir bin Hamzah, UPSP, BTPN Terengganu dan Puan Roshaliza binti Abdul  Wahab, UPSP, BTPN Terengganu. Mereka diiringi oleh YM Tuan Shafie bin Tuan Ismail, PTP I, PKG Raja dan Encik Che Lah bin Hamat, PTP II, PKG, Raja.

Selepas majlis sambutan di pintu utama sekolah, tetamu, Pengurusan sekolah dan AJK PSS Dato' Haji Abbas menghadiri majlis bergambar di medan perhimpunan.
Duduk dari kiri : Puan Roshaliza, Haji Mat Zin, Encik Abd Rahim, Encik Atip, Haji Abdullah Fadzil, Haji Akram @ Amir, Encik Shahrulnizam, Encik Ramli, Encik Amir Hamzah dan Encik Mohd Azami.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

23 April 2015 - Seramai 7 orang warga SMA Maarif telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SMKA & SABK Zon Semenanjung 2014. Mereka terdiri daripada 5 orang guru dan 2 orang kakitangan kumpulan pelaksana. Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan di Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor.
Guru terdiri daripada Encik Razak bin Abd Rahman (Guru Perpustakaan dan Media), Encik Muhd Azrul bin Mansor @ Nordin (Kaunselor), Encik Mohd Kthabi bin Yusof (Guru Penolong), Puan Kahizah bt Abd Kadir (Guru Penolong) dan Puan Nurzielah bt Mat Aroff (Guru Penolong). Manakala kakitangan kumpulan pelaksana ialah Encik Mohd Yusof bin Muda (Ketua Pembantu Tadbir) dan Puan Norul Shakimah bt Ya Salleh (Penyelia Asrama).

APSS Negeri Terengganu 2014

30 Mac 2015 (Isnin) - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2014. Detik yang bersejarah itu diumumkan dalam majlis ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, telah hadir untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu. Majlis yang dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini telah diadakan di dewan besar, BTPN Negeri Terengganu. Kejayaan ini melayakkan pusat sumber sekolah ini menjadi wakil negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat kebangsaan (APSSK 2015).

Al-Qur'an Di Qalbu Ku

25 Mac 2015 : Pihak pengurusan sekolah telah melancarkan satu program yang dinamakan Al-Qur'an Di hatiku. Program ini diadakan pada setiap pagi di medan perhimpunan. Syeikh Mahmoud Ibrahim Ali Munufi, guru dari negara Mesir, telah diberi tanggungjawab untuk memimpin program ini. 

Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2015

SELASA, 24 FEBRUARI 2015 - Dua orang pelajar sekolah ini menyertai Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Besut 2015 bertempat di PKG Jerteh. Nozirah bt Yahya, tingkatan 5EA1 adalah calon bagi Kategori Bahasa Melayu. Manakala Nur Syahirah Nabihah bt Zakaria, tingkatan 5PA2 mengambil bahagian dalam Kategori Bahasa Inggeris. Mereka diiringi oleh Puan Yati bin Mustafa, Penyelaras NILAM dan Puan Norul Zila bt Yusof, guru NILAM. Kedua-dua mereka telah berjaya dan akan mewakili sekolah dalam pertandingan yang akan diadakan pada 24 dan 25 Februari 2015 bertempat di PKG Jerteh.

Persiapan APSS 2015

Isnin, 23 Februari 2015 - Guru dan AJK pelajar PSS Dato' Haji Abbas datang ke sekolah untuk menjalankan beberapa aktiviti. Antara guru yang hadir ialah Puan Kahizah bt Abd Kadir, Puan Noraini bt Ibrahim dan Puan Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud.
Antara AJK pelajar yang hadir ialah Mohd Amsyar bin Shamsuddin, Wan Hamad bin , Mohd Asyraf bin Mohd Zain dan Abd Halim.

LAWATAN BERMAKLUMAT KE KARNIVAL ICT 2015

AHAD, 1 FEBRUARI 2015 - Seramai 35 orang pengawas Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah menyertai lawatan bermaklumat ke Karnival ICT yang berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu. Dua orang guru PSS iaitu Ustazah Che Shamsulida bt Che Lah dan Ustazah Suziati bt Ibrahim bertindak sebagai guru pengiring.

Mesyuarat Khas APSS Kali Ketiga

7 Januari 2015 - Mesyuarat Khas APSS Kali Ketiga diadakan di perpustakaan. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua bermula pada jam 9.00 pagi. Turut hadir ialah Tuan Haji Mat Zin bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Induk PSS. Mesyuarat kali ini dihadiri oleh ketua-ketua jawatankuasa kerja yang dilantik. Agenda utama ialah pembentangan peralatan yang perlu dibeli untuk persediaan APSS 2014. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.20 pagi.