Soalan & Jawapan





Soalan 16
:
Bilakah Pusat Sumber Dato' Haji Abbas didirikan?

Jawapan
:
Rujuk jawapan Soalan 10.


Soalan 15
:
Kenapakah Pusat Sumber Dato' Haji Abbas terlalu cantik di mata saya?

Jawapan
:
PSDHA memang cantik. Ianya adalah sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi APSSK 2015. Menjadi tanggungjawab semua warga sekolah ini untuk mengekalkan dan menambahbaik kecantikan PSDHA pada masa-masa akan datang, bukan hanya untuk bertanding sahaja.


Soalan 14
:
Apakah keistemewaan Pusat Sumber Dato' Haji Abbas?

Jawapan
:
PSDHA dilengkapi dengan peralatan dan bahan yang sesuai dan terkini untuk digunakan oleh guru dan murid dalam proses PdP. Setiap unit PSDHA telah diurus dengan baik supaya sentiasa bersih dan ceria. Sebanyak 12 Projek Inovasi telah dibangunkan untuk menambahkan lagi keistemewaan dan keunikan PSDHA.



Soalan 13
:
Siapakah yang mentadbir perpustakaan Dato' Haji Abbas?

Jawapan
:
Ustazah Wan Nor Asiah bt Wan Mahmud telah dilantik sebagai Penyelaras perpustakaan untuk tahun 2015. Beliau telah dibantu oleh 5 orang AJK guru dan 30 orang pustakawan.


Soalan 12
:
Berapakah buku mengenai sejarah di negara Malaysia?

Jawapan
:
Mohon maaf. Saya tak faham soalan anda.


Soalan 11
:
Berapakah jumlah buku yang terdapat di Pusat Sumber Dato' Haji Abbas?

Jawapan
:
Pada tahun 2015, jumlah buku yang didaftarkan di perpustakaan PSDHA ialah 19673 buah.


Soalan 10
:
Bilakah pusat sumber ditubuhkan?

Jawapan
:
Pusat sumber sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984 ketika sekolah ini ditadbirkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)


Soalan 9
:
Siapakah guru yang bertanggungjawab atas pusat sumber sekolah ini?

Jawapan
:
PSDHA diuruskan oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran. Ahlinya adalah terdiri dari guru-guru yang dilantik oleh pihak sekolah. Guru Perpustakaan dan Media adalah setiausaha bagi jawatankuasa pusat sumber.


Soalan 8
:
Bagaimanakah pengiraan markah yang diambil oleh pelawat?

Jawapan
:
Sukacita dimaklumkan bahawa pelawat tidak memberi markah. Panel Hakim yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk memberi markah.


Soalan 7
:
Siapakah yang meletak nama Dato' Haji Abbas?

Jawapan
:
Nama Dato' Haji Abbas yang merupakan pengasas sekolah ini telah dipilih oleh Jawatankuasa PSDHA dalam mesyuarat AJK Induk Kali Kedua tahun 2014.


Soalan 6
:
Bilakah pusat sumber sekolah ini dirasmikan?

Jawapan
:
PSDHA masih belum dirasmikan.


Soalan 5
:
Kenapa pusat sumber sekolah ini diubahsuai dengan begitu cantik?

Jawapan
:
Pihak sekolah telah meletakkan sasaran untuk menjadi johan dalam pertandingan APSSK 2015. Oleh itu pusat sumber perlu diubahsuai dari segi kebersihan dan keceriaan.


Soalan 4
:
Kenapa pusat sumber sekolah ini dipilih untuk mewakili Negeri Terengganu dalam APSSK 2015?

Jawapan
:
Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas telah menjadi Johan APSSNT tahun 2014. Kejayaan ini membolehkan PSDHA untuk mewakili Negeri Terengganu dalam APSSK 2015.


Soalan 3
:
Berapa orang ahli pusat sumber di sekolah ini?

Jawapan
:
Semua guru dan murid adalah ahli pusat sumber sekolah ini.


Soalan 2
:
Mengapakah pusat sumber dibangunkan?

Jawapan
:
Pusat sumber memainkan peranan yang penting dalam membantu proses PdP. Guru-guru dan murid-murid boleh menggunakan bahan cetak dan bukan cetak yang terdapat di dalam pusat sumber untuk menambahkan keberkesanan proses PdP.


Soalan 1
:
Berapakah modal yang telah digunakan untuk membangunkan Pusat Sumber Dato’ Haji Abbas?

Jawapan
:
Jumlah sebenar tidak dapat dinyatakan dengan tepat. Tetapi, jumlahnya sudah tentu berpuluh-puluh ribu ringgit Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan