Jemputan Untuk Memberi Ceramah Pengurusan PSS

1 Februari 2016, Isnin - Pada hari ini, Cikgu Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media sekolah ini telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Pusat Sumber Sekolah Cemerlang di Dewan Teknokrat, SM Teknik, Kuala Terengganu. Ceramah ini adalah satu slot di dalam Bengkel Pengurusan PSS Abad 21 GPM Sekolah-Sekolah Daerah Kuala Terengganu. Bengkel ini dihadiri oleh lebih daripada 120 orang GPM sekolah menengah dan rendah dalam Daerah Kuala Terengganu.