Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2014

23 April 2015 - Seramai 7 orang warga SMA Maarif telah menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SMKA & SABK Zon Semenanjung 2014. Mereka terdiri daripada 5 orang guru dan 2 orang kakitangan kumpulan pelaksana. Majlis yang gilang gemilang ini telah diadakan di Oriental Crystal Hotel, Kajang, Selangor.
Guru terdiri daripada Encik Razak bin Abd Rahman (Guru Perpustakaan dan Media), Encik Muhd Azrul bin Mansor @ Nordin (Kaunselor), Encik Mohd Kthabi bin Yusof (Guru Penolong), Puan Kahizah bt Abd Kadir (Guru Penolong) dan Puan Nurzielah bt Mat Aroff (Guru Penolong). Manakala kakitangan kumpulan pelaksana ialah Encik Mohd Yusof bin Muda (Ketua Pembantu Tadbir) dan Puan Norul Shakimah bt Ya Salleh (Penyelia Asrama).

APSS Negeri Terengganu 2014

30 Mac 2015 (Isnin) - Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Terengganu Tahun 2014. Detik yang bersejarah itu diumumkan dalam majlis ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2014. Tuan Haji Abdullah Fadzil bin Dato' Haji Ismail, Pengetua, telah hadir untuk menerima hadiah yang disampaikan oleh Yang Berhormat Encik Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri Terengganu. Majlis yang dihadiri oleh semua pengetua dan guru besar sekolah-sekolah Negeri Terengganu ini telah diadakan di dewan besar, BTPN Negeri Terengganu. Kejayaan ini melayakkan pusat sumber sekolah ini menjadi wakil negeri Terengganu dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah peringkat kebangsaan (APSSK 2015).