Mesyuarat Khas AJK Induk PSDHA

Selasa, 23 Disember 2014 - Satu Mesyuarat Khas AJK Induk Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Zin bin Daud, PK Pentadbiran.

Khidmat Bantu oleh GPM SMKTM

Pihak Pusat Sumber Dato' Haji Abbas merasa berbesar hati kerana Cikgu Zaiton bt Yunus, GPM SMK Tengku Mahmud telah sudi untuk datang memberi khidmat bantu. Kedatangan beliau amat bermakna, kerana beliau merupakan seorang GPM yang berpengalaman. Beliau mempunyai kepakaran dalam sistem fail.

Mesyuarat Khas AJK PSDHA

Selasa, 9 Disember 2014 - Satu Mesyuarat Khas AJK Pusat Sumber Dato' Haji Abbas telah diadakan pada hari ini di Perpustakaan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Razak bin Abd Rahman, Guru Perpustakaan dan Media.

Mesyuarat Khas APSS 2014

Isnin, 1 Disember 2014 - Mesyuarat Khas Kali Pertama Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di Perpustakaan.