APSSK 2015

Pusat Sumber Dato' Haji Abbas, Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut telah muncul sebagai Johan APSS Peringkat Negeri Terengganu 2014. Kejayaan ini melayakkan pusat sumber sekolah ini untuk bertanding di peringkat kebangsaan. 

Sebaik sahaja dimaklumkan tentang kejayaan ini, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan mesyuarat khas. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengagihkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan kepada semua guru sekolah ini. 

Penilaian panel hakim telah diadakan pada hari Khamis, 6 Ogos 2015. Dua orang hakim yang membuat penilaian ialah Encik Zakaria bin Hassan, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan dan Haji Jonaidi bin Osman, Ketua Unit, Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang.


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan