Rakaman TV PSS

25 April 2016, Isnin - Krew TV Mua'allim telah dijemput untuk membuat rakaman berkenaan dengan Samsung Smart Library di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bersama dengan tiga lagi TV PSS. Mereka ialah TV PSS SMK Tok Adis, Kuala Terengganu, SK Kemasek, Kemaman, SK Kompleks Gong Badak, Kuala Nerus. Sejumlah 25 TV PSS telah dijemput untuk membuat rakaman. Aktiviti ini adalah sempena Majlis Sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia 2016 Peringkat Negeri Terengganu.

Peserta SMA Maarif terdiri daripada Cikgu Razak bin Abd Rahman (GPM), Cikgu Nor Fazhilah bt Othman (Penyelaras TV Mua'allim), Mohd Afieq (Wartawan) dan Mohd Syakirin (Juru kamera).