Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014

SMA Maarif, Besut telah dipilih sebagai tuan rumah majlis tersebut yang diadakan pada hari Isnin, 10hb Mac 2014. Majlis yang dihadiri oleh 330 orang tetamu ini telah diadakan di Dewan Besar sekolah. Majlis gilang gemilang ini telah dirasmikan oleh YBM Tengku Zaihan bin Engku Abd Rahman, ADUN Kuala Besut. Beliau mewakili YB Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II yang tidak dapat hadir kerana komitmen atas tugasan yang lebih penting.

Persiapan Majlis Anugerah NILAM Peringkat Daerah Besut 2014

3 Mac 2014 : Pihak PSS SMA Maarif telah membuat persiapan yang rapi sempena majlis yang bersejarah ini. PTP dari PKG Raja, PKG Jerteh dan PKG Bukit Payong telah turun padang untuk memberi bantuan dari segi idea, teknikal, pengurusan, kebersihan dan keceriaan. Selama beberapa hari, mereka bersama-sama dengan guru-guru PSS sekolah ini untuk memastikan PSS sekolah ini kelihatan ceria dan menarik.
PTP Che Lah, Alham Radzi, Dzarifah dan Nurul turun memberi bantuan