Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016

23 Januari 2017, Isnin - Majlis Anugerah Pembestarian Sekolah Negeri Terengganu 2016 telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Besar, BTPN, Marang, Terengganu. Dalam majlis yang gilang gemilang ini, seorang pelajar SMA Maarif, Besut, Qathrun Nada binti Ahmad Jafny telah dianugerahkan sebagai Pengacara TV PSS Terbaik Negeri Terengganu Tahun 2016.

Lawatan Kerja KPP BTPNT

10 Januari 2017, Selasa - Tuan Haji Alias bin Talib, Ketua Penolong Pengarah (KPP), Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) telah membuat lawatan kerja ke Sekolah Menengah Agama Maarif, Besut, Terengganu pada hari ini. Turut serta dalam rombongan ini ialah Tuan Haji Akram @ Amir bin Abdul Majid, Penolong Pengarah (KU UPSP), Encik Badrul Hishan bin Mohd Zin dan Puan Siti Halijah binti Ramli. Kedatangan rombongan pada jam 12.30 tengahari telah disambut oleh Encik Mohd Azami bin Abd Ghani, Penolong Kanan HEM (memangku tugas PK Pentadbiran). Rombongan telah dibawa ke Bilik Pengetua untuk bertemu dengan Tuan Haji Azizol Rahman bin Lope Pihie, Pengetua. Satu perbincangan dalam pelbagai perkara telah berlangsung. Perbincangan berlangsung dengan penuh mesra dan ceria.