MUKADDIMMAH

Seperti sekolah-sekolah menengah yang lain, Sekolah Menengah Agama Maarif (SMA Maarif), Besut juga mempunyai Pusat Sumber Sekolah (PSS) yang mempunyai kelengkapan yang terkini. PSS sekolah ini dikenali dengan Pusat Sumber Dato' Haji Abbas (PSDHA). Nama ini dipilih kerana Dato' Haji Abbas merupakan pengasas bagi sekolah ini. Unit-unit PSDHA ialah Perpustakaan, Bilik Tayang, Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM), NILAM dan Makmal Komputer. 
Perpustakaan yang berkeluasan 70 kaki x 20 kaki terletak di tingkat bawah Blok C. Bilik Tayang yang berkeluasan 40 kaki x 20 kaki terletak di tingkat bawah Blok D. Bilik BBM yang berkeluasan 20 kaki x 10 kaki terletak bersebelahan dengan Bilik Tayang. Sudut NILAM ditempat disatu sudut di dalam perpustakaan. Manakala Makmal Komputer yang mempunyai dua buah bilik masing-masing berkeluasan 40 kaki x 20 kaki terletak di bawah bangunan sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan